TERMA & SYARAT

A. Jadual kepada Syarat Penyertaan

1. Penganjur

Mahsuri Dagang Sdn. Bhd. (atau “kami”)

2. Nama Peraduan

Peraduan Resipi Ayam Goreng Sooo Sedapp

3. Tempoh Peraduan

Peraduan bermula pada 00:00:00 pada 1/11/2025 dan ditutup pada 23:59:59 pada 31/12/2025. Semua penyertaan yang diterima di luar tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik.

4. Kelayakan (Peserta)

Peraduan ini terbuka kepada semua individu pemastautin sah di Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas, dengan dokumen pengenalan diri yang sah dan alamat kediaman di Malaysia. Penganjur berhak untuk meminta bukti dokumen pengenalan diri.

5. Produk Penyertaan

Semua produk Kicap dan atau Sos Mahsuri 410ml ke atas.

6. Hadiah

6.1Hadiah Bulanan

  • Hadiah Pertama: RM6,000 (tunai) + Set Peralatan Dapur Fukuro bernilai RM300
  • Hadiah Kedua: RM3,000 (tunai) + Set Peralatan Dapur Fukuro bernilai RM300
  • Hadiah Ketiga: RM1,000 (tunai) + Set Peralatan Dapur Fukuro bernilai RM300
  • Hadiah Keempat: RM500 (tunai) + Set Peralatan Dapur Fukuro bernilai RM300
  • Hadiah Kelima: RM500 (tunai) + Set Peralatan Dapur Fukuro bernilai RM300
  • Hadiah Saguhati: RM100 (tunai) x 15 Pemenang

6.2 Hadiah Utama
Terdapat 2 hadiah utama yang ditawarkan seperti berikut:

  • Hadiah Utama 1: Vespa S 125 (warna tertakluk kepada ketersediaan daripada wakil pengedar) bernilai RM14,900
  • Hadiah Utama 2: Thermomix® TM7 bernilai RM7,980

7. Tarikh Tuntutan Hadiah

7.1 Semua hadiah mesti dituntut sebelum 31 Januari 2026.

7.2 Jika gagal, Penganjur berhak menentukan bagaimana hadiah yang tidak dituntut akan diuruskan.

7.3 Penganjur berhak mengubah suai proses atau tarikh tuntutan hadiah tanpa notis.

8. Kaedah Penyertaan / Pengundian

8.1 Beli sekurang-kurangnya satu (1) botol 410ml ke atas mana-mana Produk Penyertaan Mahsuri dalam satu resit asal semasa Tempoh Peraduan.

8.2 Resit (Bukti Pembelian):

  • 8.2.1 Boleh berupa resit bercetak, tulisan tangan, atau digital — mestilah memaparkan nama/logo kedai, tarikh pembelian, jumlah produk, nombor resit dan nama kedai.
  • 8.2.2 Jika tiada, resit perlu dicop dengan cop rasmi syarikat.

8.3 Setiap resit hanya layak untuk satu (1) undian, kecuali:

  • 8.3.1 Jika resit mengandungi pembelian lebih daripada satu (1) botol, maka layak untuk bilangan undi yang sepadan. Contoh: 3 botol = 3 undi, dan seterusnya.
  • 8.3.2 Jika jumlah pembelian melebihi 6 botol (dalam satu resit), undian baharu dibenarkan menggunakan resit pembelian yang sama.

8.4 Langkah penyertaan melalui laman web:

  • 8.4.1 Lawati laman web Peraduan.
  • 8.4.2 Tonton video resipi dan klik ‘Undi’.
  • 8.4.3 Tulis nama & nombor telefon di atas resit (contoh: Ahmad 0123456789).
  • 8.4.4 Ambil gambar dan muat naik resit (maksimum 5MB).

8.5 Langkah penyertaan melalui borang penyertaan (borang offline):

  • 8.5.1 Dapatkan borang penyertaan di outlet yang terpilih.
  • 8.5.2 Isikan maklumat peribadi dan pilih resipi yang ingin diundi.
  • 8.5.3 Lampirkan resit pembelian pada borang penyertaan.
  • 8.5.4 Hantar borang lengkap pada tempat yang disediakan.

8.6 Penganjur akan menyemak dan mengesahkan semua penyertaan. Penyertaan tidak lengkap atau tidak sah akan dibatalkan tanpa notis.

8.7 Penganjur berhak meminta bukti resit asal untuk pengesahan.

9. Penentuan Pemenang

9.1 Mahsuri akan menghasilkan satu siri mengandungi enam (6) resipi ayam goreng setiap bulan sepanjang tempoh Peraduan (November & Disember).

  • 9.1.1 Setiap resipi menampilkan gaya masakan yang unik dengan menggunakan Kicap atau Sos Mahsuri sebagai bahan utama sama ada sebagai perapan, salutan atau sos pencicah.
  • 9.1.2 Semua resipi akan diterbitkan dalam bentuk video pendek dan disiarkan di website peraduan dan sosial media rasmi Mahsuri (Facebook, Instagram dan TikTok).

9.2 Peserta perlu membeli Produk Penyertaan Mahsuri dan memuat naik resit pembelian yang sah untuk menyertai proses pengundian.

9.3 Selepas mengisi maklumat peribadi yang diperlukan oleh pihak Penganjur, Peserta perlu mengundi resipi ayam goreng kegemaran mereka daripada senarai video yang diterbitkan bagi bulan tersebut.

9.4 Resipi dengan jumlah undian tertinggi pada akhir setiap bulan akan ditentukan sebagai Resipi Pemenang Bulanan.

9.5 Peserta yang mengundi Pemenang Resipi Bulanan berpeluang memenangi Hadiah Bulanan serta Hadiah Utama. Pemenang akan dipilih secara rawak.

9.6 Semua keputusan adalah muktamad dan sebarang rayuan atau surat menyurat tidak akan dilayan.

10. Syarat Tambahan

10.1 Penganjur berhak menukar hadiah dengan item lain yang sama nilai.

10.2 Penganjur tidak bertanggungjawab atas kelewatan, gangguan, kejadian force majeure, mogok, pandemik, atau hal lain di luar kawalan.

10.3 Pemenang mungkin diminta hadir untuk sesi fotografi bagi tujuan publisiti.



B. Syarat-Syarat Penyertaan

1. Pengenalan

1.1 Terma ini hendaklah dibaca bersama Jadual di atas dan Polisi Privasi Mahsuri.

1.2 Penganjur boleh meminda syarat tanpa notis dan keputusan adalah muktamad.

1.3 Penyertaan berterusan selepas pindaan dianggap sebagai penerimaan.

2. Penyertaan Peraduan

2.1 Dengan menyertai, Peserta dianggap memahami dan bersetuju dengan semua Terma & Syarat.

2.2 Segala kos penyertaan ditanggung oleh Peserta.

2.3 Bukti penghantaran bukanlah bukti penerimaan. Penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang gangguan teknikal.

3. Kelayakan

3.1 Peserta bawah 18 tahun perlu kebenaran bertulis ibu bapa/penjaga, dan dihantar kepada pihak Penganjur jika diminta.

4. Ketidaklayakan

4.1 Pekerja Mahsuri dan ahli keluarga terdekat tidak layak untuk sertai Peraduan ini.

4.2 Kakitangan agensi dan keluarga terdekat juga tidak layak untuk sertai Peraduan ini.

5. Hilang Kelayakan

5.1 Penyertaan yang tidak lengkap, pendua atau palsu akan dibatalkan.

5.2 Penganjur boleh membatalkan Peserta yang memalsukan maklumat atau gagal memberikan bukti apabila diminta.

5.3 Hadiah boleh ditarik balik jika Peserta didapati tidak layak.

6. Hadiah

6.1 Hadiah tidak boleh dipindah milik atau ditukar.

6.2 Semua hadiah mesti dituntut sebelum tarikh akhir.

6.3 Hadiah adalah seperti keadaan semasa dan atas risiko penerima.

6.4 Nota penting untuk pemenang Vespa:
Pemenang Vespa bertanggungjawab sepenuhnya untuk semua kos tambahan termasuk pendaftaran kenderaan, cukai jalan, insurans, nombor plat/pendaftaran dan caj lain.

7. Publisiti

Penganjur boleh menggunakan gambar, nama, dan kandungan penyertaan untuk tujuan pemasaran tanpa bayaran kepada Peserta.

8. Hak Harta Intelek

Semua hak ke atas bahan yang dihantar menjadi milik penuh Penganjur.

9. Pampasan

Peserta bersetuju untuk melepaskan Mahsuri daripada sebarang tuntutan, kerugian atau kerosakan yang timbul dari penyertaan.

10. Had Liabiliti

10.1 Penyertaan adalah atas risiko Peserta sendiri.

10.2 Penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kecederaan.

11. Umum

11.1 Penganjur tidak bertanggungjawab jika tidak dapat memenuhi kewajiban akibat force majeure.

11.2 Sebarang jenama atau logo adalah milik pemilik masing-masing.

11.3 Peserta tidak boleh memindah hak, tetapi Penganjur boleh menyerahkan hak kepada pihak ketiga.

11.4 Jika ada syarat yang tidak sah, ia tidak menjejaskan yang lain.

12. Notis Privasi

12.1 Dengan menyertai, Peserta bersetuju terhadap pemprosesan data peribadi oleh Penganjur menurut Polisi Privasi.